Wednesday, April 3, 2013

BERITA : Pencerobohan Di Lahad Datu 2


By on 1:06 PM


Berita mengenai insiden ini lagi korang boleh baca sendiri kat suratkhabar atau Internet. Cuma sedikit pandangan dan komen aku mengenai insiden ini:

  • Macam mana tentera2 ini boleh masuk ke perairan Malaysia dengan begitu mudah?
    Seluruh sempadan negara bukanlah dikelilingi kawat dan dawai besi sampai orang luar tak boleh masuk langsung secara haram. Macam sempadan Kelantan - Siam pun, orang sana keluar masuk relaks je, lintas je Sungai Golok dah boleh sampai negara lain. Begitu juga di Sabah, banyak je nelayan2 dan penduduk2 pulau2 warga Filipina yang duduk di pulau2 berdekatan keluar masuk Sabah untuk berniaga, tangkap ikan dan sebagainya. Bagi penduduk tempatan, benda ni bukan asing bagi mereka sebab dah biasa dengan orang luar keluar masuk ni. Diorang jadi pelik pun bila nampak sekumpulan orang dengan berpakaian tentera berkumpul dan mereka pun buat laporan polis.
Kenapa kerajaan lambat bertindak dan cuba berunding dulu dengan mereka?
Yang ni hanya pihak berkuasa sahaja yang tahu. Cuma aku assume yang ini adalah sifat orang Melayu. Orang Melayu memang sangat terkenal dengan sikap toleransi dan tolak ansur. Orang

Melayu sangat bertoleransi dengan kaum2 lain di Malaysia sendiri seperti kaum Cina dan India. Kita mencapai kemerdekaan dulu pun juga melalui rundingan bersama pihak British. Dalam kes pencerobohan ini juga, kita masih lagi kalau boleh hendak selesaikan dengan cara diplomasi tanpa melibatkan pertumpahan darah. Tapi mungkin sebab terlalu bertoleransi sangat, pihak lain senang ambil kesempatan atas kebaikan kita.


-----------------------TAPI KENAPA SULTAN SULU TUNTUT SABAH?-------------------------------

Mungkin kerana kalau ikut sejarahnya, Sabah atau Borneo Utara memang asalnya kepunyaan Sultan Sulu. Namun pada tahun 1878, Overbeck telah berunding dengan Sultan Sulu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan Sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $5,000 setahun. Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata “Sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak ada matahari dan bulan”. Baca lagi sejarah Borneo Utara di Jari Merdeka.

Antara sumber yang menyatakan Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sehingga kini boleh rujuk keratan akhbar Daily Express dan juga surat rasmi bayaran sewa di sini. Dan disebabkan ini Sultan Sulu masih beranggapan Sabah merupakan hak miliknya dan hanya disewakan kepada Malaysia.

Surat perjanjian penyerahan Borneo Utara kepada British



Bagi aku negeri Sabah dah pun merdeka di bawah Malaysia, so sekarang ia adalah hak milik Malaysia dan rakyat Sabah, bukan datuk moyang Sultan Sulu. Kalau nak cerita sejarah, mungkin lepas ni Thailand akan tuntut Kelantan, Malaysia akan tuntut Singapura, Brunei akan tuntut Sarawak, Indonesia akan tuntut, Jepun dan British akan tuntut Malaysia.

Namun aku tak pasti kenapa kita masih lagi kena bayar sewa kepada keturunan Sultan Sulu walau Sabah dah di bawah Malaysia. Kalau ia disebabkan perjanjian lapok tahun 1878 yang dah lebih satu abad, aku rasa boleh je kita buat perjanjian yang baru, kerana perjanjian itu manusia jugak yang buat.

....DAN APABILA SULTAN JAMALUL KIRAM BERKATA....



--------------- TAPI KENAPA POLIS YANG BERTINDAK DAN BUKAN TENTERA?-------------



1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.

SUMBER : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=541437079223566&id=114607018573243

----------------------------------------- TAPI NAPE LAMBAT? --------------------------------------------


1) Kedatangan puak ni ke Lahad Datu adalah untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang sedang sakit dan bukan bertujuan untuk berperang. (Ada laporannya pada post pertama dulu)

2) Kebanyakannya yang datang bersama-sama Haji Musa @ besan Mat Bom adalah para oportunis dan pengiring yang punya sedara mara di Kampung Tanduo.

3) Mereka mungkin dijanjikan (laporannya ada dalam post awal dulu) oleh samaada Haji Mussa atau Mat Bom bahawa sebelum mati Mat Bom akan membuat pembahagian tanah milik beliau (yang tuntutunnya telah kalah di mahkamah sebagaimana dalam post the_killer_ash)

4) Mat Bom dan anaknya telah menipu Haji Musa dan suku sakat Sultan Sulu bahawa beliau telah berjaya dalam tuntutan keatas tanah Felda dan mengundang sedara-mara dan suku sakat Sulu untuk menandakan plot tanah bahagian masing-masing.

5) Tujuan asal Mat Bom dan anaknya Mohd Ali mengarahkan suku sakat Sultan Sulu dan Haji Musa datang bersama-sama pengawal bersenjata adalah untuk menggertak pihak berkuasa Felda.

6) Besar kemungkinan bahawa anak Mat Bom (Mohd Ali) dan Mat Bom sendiri telah menipu Haji Musa dan menyuruhnya memberitahu suku sakat Sultan Sulu bahawa tuntutun keatas tanah Felda (dulunya tanah milik Kesultanan Sulu) telah berjaya (sebab tu Sultan Sulu berkeras bahawa tanah tersebut adalah hak milik beliau) dan enggan keluar dari situ.

7) Setelah tembelang Mat Bom dan anaknya Mohd Ali pecah, puak ni mula bergaduh sesama sendiri dan menyalahkan satu sama lain. Tak diketahui siapa yang telah mati tertembak, mungkin Haji Musa, atau Mat Bom atau Mohd Ali.

8) Ianya tiada kaitan pencerobohan kedaulatan Malaysia sebab tu ianya lebih banyak dikendalikan olih pihak Polis Sabah sahaja.

9) Ada dalam post yang lalu menyatakan bahawa kedatangan puak ni ke Lahad Datu adalah untuk melawat saudara yang sedang sakit dan ada pihak yang menjanjikan tanah kepada mereka. Biasalah kat Malaysia pun kalau ada cerita pasal ceroboh/pembukaan tanah baru, orang akan datang/serbu ramai-ramai.

10) Kunjungan puak ni nampaknya tiada kaitan dengan politik di Malaysia sama sekali.

11) Tindakan lambat diambil keatas mereka kerana kebanyakan yang datang tu berkemungkinan besar memiliki saudara-mara di Lahat Datu (ada dalam post yang lepas) dan kita lebih bersifat berperi kemanusiaan.

12) Besar kemungkinan adik sultan sulu dah termalu sebab diklentong oleh Mat Bom dan anaknya Mohd Ali, telah memberitahu cerita sebenar kepada abangnya (Sultan Sulu) dan Sultan Sulu dah termalu, maka mengerahkan adiknya agar jangan balik selagi tak dapat geran tanah dan mula mereka-reka cerita tentang tuntutun keatas Sabah.

13) Media arus perdana tak berminat membesarkan cerita ‘rombongan melawat saudara yang sedang sakit) ni sebab tiada unsur-unsur untuk ‘menceroboh’ dan ‘berperang’ pada mulanya.

14) Pihak tentera tidak mengambil tindakan ‘menghapuskan’ mereka kerana tujuan asal puak ni adalah untuk melawat saudara yang sedang sakit.

15) Dalam post asal ada menyatakan bahawa Haji Musa adalah orang kanan adik Sultan Sulu, oleh itu, menjadi kebiasaan “aku nak melawat besan aku kat Lahat Datu, ko nak ikut tak?” (besan aku kan member ko jugak, kan ke masa aku kawinkan anak aku dulu ko dan abang ko ada datang meraikan sama).

16) Dalam post awal ada menyatakan kebanyakan ahli rombongan yang bersenjata adalah anggota MNLF. (biasalah askar, takkan nak tinggalkan senjata, itukan kebanggan mereka).

17) Besar kemungkinan anggota rombongan yang bersenjata ni juga adalah kawan-kawan ataupun orang-orang yang pernah dibantu oleh Mat Bom ataupun mereka merupakan pengikut Haji Musa ataupun pengiring kepada adik Sultan Sulu.

18) Kesimpulannya, mereka-mereka (penceroboh) ini telah ditipu oleh sesaorang (besar kemungkinan Mat Bom) dan orang yang menipu mereka telah memberitahu mereka bahawa Kerajaan Malaysia telah enggan menyerahkan tanah yang telah dijanjikan kepada orang yang telah menipu mereka yang juga telah menjanjikan tanah-tanah tersebut kepada mereka. Sebenarnya mungkin tiada niat langsung kisah Sultan Sulu nak menuntut Sabah, tapi dek kerana dah tertipu oleh mamat ni (penipu yang telah menjanjikan tanah) maka kes ini dah menjadi semakin bercelaru dan Sultan Sulu sendiri pun dah mula bengong.

19) Disini nampaknya pihak kita lebih bersimpati kepada ‘penceroboh’ ini sebab telah kena tipu dan tak tergamak nak ‘menghapuskan’ mereka.

20) Kita tunggu episod akhir kepada ‘pencerobohan’ ini dan apa yang terjadi kepada Ahmad Malandi @ Mat Bom, anaknya Mohd Ali dan tak lupa juga Haji Musa (yang dah mati ditembak?) Dan siapakah orang yang telah menjanjikan tanah kepada ‘pencdroboh-penceroboh’ ini.

???????????????????????????????????????????????????? IKUTI SAMBUNGAN NANTI

About Mr Amz

Amz is28 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out.

0 comments: