Thursday, April 11, 2013

(PERINGATAN) JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI


By on 9:24 AM






Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak
masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi,
merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.



Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak
masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam
minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat,
hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan di
dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang.


Selain itu Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan
Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menjalankan ujian ke atas
19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-
hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket 1kgKebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.



Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan
dari SIRIM sahaja.  Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat
dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah. Ia
biasa digunakan oleh segelintir peniaga jalanan dan pengusaha
restoran bagi menjimatkan kos perniagaan.

Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada
risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah
meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan.

Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan
tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan
lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
(Minyak Sawit Sri Murni antara minyak yang berkualiti)
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada
label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Dan elakkan dari membeli
dan makan makanan dari luar, yang status makanan yang dihidangkan
tidak diketahui asal usul nya.





About Mr Amz

Amz is28 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out.

0 comments: