Wednesday, April 3, 2013

Berjimak/Bersetubuh Cara Islam


By on 12:40 PM




Jimak atau melakukan hubungan seks anda antara suami isteri adalah satu anugerah Allah dan kenikmatannya pasti tidak dilupakan oleh setiap pasangan. Maka lakukanlah seks atau jimak secara halal dan penuhilah dengan cara yang betul dan tertib agar dengan setiap perlakuan itu anda akan bukana sahaja mendapat kenikmatan tetapi juga pahala. Awasilah diri masing-masing, kerana seks itu satu nikmat kurniaan Allah S.W.T tetapi ia boleh menjadi seksaan kepada jiwa, mental dan sesiapa sahaja yang gagal melakukannya dengan sihat.

Berikut adalah petua dan tips yang dituntut jika anda ingin mendapat kesempurnaan hubungan kelamin yang terbaik dan diberkati Allah:

1. Bertenang Ketika Memulakan Jima
Apabila suami mahu menusukkan zakarnya kedalam faraj isteri, bertenanglah dan sama-samalah dengan suami membaca Bismillah. Ketenangan ini penting bagi penghayatan rasa, dan InsyaAllah isteri akan merasa lebih nikmat dan mudah mencapai kepuasan. Rasulullah s. a. w. sendiri berpesan kepada isteri-isterinya agar bertenang ketika itu. Menurut riwayat Al-Khatib danUmmu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya, dan membisikkan kepada isterinya� dengan tenang .

2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah Sepenuhnya
Dari riwayat Abu Daud:� Sesungguhnya Rasulullah s. a. w. ada mencium Siti Aisyah serta menghisap lisannya (lidahnya). Bukan saja menghisap lidah itu sunat dilakukan ketika berlangsungnya jimak kerana mengikut cara Rasulullah s. a. w., keranalah ia juga akan membantu suami agar tahan jimak dan menghebatkan kenikmatan pada wanita kerana bersatunya nafas, kenikmatan yang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidak dilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawa isteri menyerahkan jiwanya dan raganya untuk dijima oleh suaminya. Untuk melakukan ini eloklah isteri menjaga kebersihan mulutnya, begitu jugalah bagi pihak suami.

3. Paling Selesa Berada Di Bawah
Posisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atas isteri dalam keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawah suami bagaikan hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya:� “Anak itu milik yang menjadi hamparan (wanita)”. Posisi inilah yang paling merehatkan isteri, dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan.� Sekiranya alat kelamin suami itu besar pun, posisi inilah yang terbaik bagi menampungnya, kerana peha boleh dihamparkan selebar mungkin.

4. Seburuk-buruk Kedudukan Berjima
Posisi jima yang dianggap paling buruk dan segi kesihatan ialah keadaan di mana isteri berada di atas suami dalam keadaan terlentang sementara suaminya juga baring terlentang. Dengan posisi ini suami akan memasukkan zakarnya dari arah punggung isterinya. Dari segi kesihatan ini dianggap bahaya kerana mani tidak boleh keluar habis dan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin dan boleh mengakibatkan suami mati pucuk juga oleh perubatan moden.

5. Cara Mendapat Anak

Ada petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan isteri mudah hamil, sebelum jima perlulah digeletek dahulu (dirangsang) purananya(kelentit). Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap karut dan tiada kena mengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju dengan pendapat moden ini, dan berpendapat bahawa rangsangan purana itu lebih bermakna sekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yang tinggi pada isterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segi anak, cara itu lebih memungkinkan isteri mendapat anak lelaki, dan ini dipersetujui juga oleh perubatan moden.

6. Jima Yang Puas Mengawet Wajah
Menurut Mantak Chia dalam Taoist Secnets of Healing~Banyak bukti yangmenunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda. Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi. Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkan proses menjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebihbenseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang masih umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, dan jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.

7. Mengemut Ketika Buang Air Kecil
Bila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencing tertahan, kemudian lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas. Dalam masa yang sama, tarik otot-otot perut. Ini menolong mengawal pundi-pundi kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan dan mempertingkatkan tenaga jima

8. Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj
Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukansaja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim, tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.

Mengikut Pendapat Ulama
Iman Shafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya
sunnat membuat seks (jimak) dengan isteri. Malam-malam itu ialah
Jumaat, Isnin dan Khamis.

Tidak menjadi kesalahan melakukan seks setiap malam, tetapi
dikhuatiri zakar dan buah pinggang akan menanggung risiko yang berat,
terpaksa bekerja setiap hari. Berilah ruang untuk rihat kepada tenaga
batin kerana rehat yang cukup mampu menghasilkan air mani yang banyak.

‘ Nabi berpesan, ” Sekiranya kamu merasa akan turunnya mani,
janganlah cepat-cepat kamu mencabut zakarmu. Biarkan dahulu sehingga
isteri kamu juga turut sama turunnya mani. Ini kerana pada saat
itulah terletaknya punca kenikmatan yang amat sangat bagi pasangan
suami isteri yang berjimak.”

Jauhilah ZINA kerana zina itu membawa malapetaka kepada semua
manusia. Ia dapat memusnahkan lelaki dan perempuan, Senang mendapat
jangkitan gonorrhoea, siflis , herpes atau HIV.

SELAMAT MENCUBA DAN BERIKHTIAR !!

About Mr Amz

Amz is28 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out.

0 comments: